Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa December 24, 2022 @ 3:50pm

Dokumentari Khas Majalah 3 ‘Tragedi Di Batang Kali’ Bakal Bersiaran 26 Disember Ini

Majalah 3, siri dokumentari popular Malaysia bakal memaparkan dokumentari khas tragedi cerun runtuh di Batang Kali yang melibatkan 92 mangsa. Penerbit Kanan Majalah 3 dan juga merangkap wartawan lokasi, Christine Lee dan jurukamera, Mohd Zahril Abdullah telah turun padang untuk mendapatkan berita terkini berkaitan kejadian Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Mereka telah menggalas tugasan mencabar apabila bergegas ke tiga lokasi penting iaitu di Batang Kali, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh semata-mata untuk mendapatkan informasi terkini dan sahih buat penonton setia Majalah 3.

Tragedi ini memberi tamparan yang besar terhadap negara kita apatah lagi terhadap keluarga mangsa. Dokumentari khas ini turut memaparkan sesi temuduga bersama keluarga mangsa dan Majalah 3 merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa insiden cerun runtuh di Batang Kali.

Kejadian menyayat hati ini telah mendapat liputan meluas seluruh negara dan melibatkan unit Misi Mencari dan Menyelamat (SAR – Search and Rescue) yang turut melibatkan khidmat anjing daripada Unit Pengesan (K9) bagi membantu mempermudahkan operasi supaya berjalan dengan lebih lancar dan pantas. Ketibaan mereka yang dilihat sebagai ‘hero’ menjadi tumpuan ramai kerana mereka adalah tunjang utama dalam misi ini!

Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupai oleh Christine tambahan kawasan itu merupakan lokasi kejadian cerun runtuh yang melibatkan nyawa.

“Kami hanya dibenarkan untuk memasuki kawasan tragedi selepas hari keempat dan itupun seorang sahaja dibenarkan masuk ke kawasan tersebut atas faktor keselamatan.

“Ini merupakan pengalaman baharu bagi saya apabila perlu merentasi selut hingga ke paras lutut. Walaupun bimbang dengan risiko yang ada, fikiran saya hanya fokus untuk mendapatkan laporan eksklusif dan yang terbaik untuk dikongsikan kepada penonton. Selesai misi kami, pasukan penyelamat menguruskan jengkaut untuk membawa keluar rakan-rakan media kerana lebih mudah.

“Lokasi kejadian terbahagi kepada 3 bahagian dan rakaman hanya dibenarkan di sektor B. Dalam situasi getir ini, saya berasa sangat bersyukur kerana berjaya merakam kerja-kerja ‘Ground Penetrating Radar’ untuk mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak berkuasa kerana banyak membantu kami dalam misi membuat laporan yang berkualiti. Dugaan mendapatkan kandungan ini adalah pengalaman paling berharga buat saya dan jurukamera. Walaupun pelbagai halangan dan cabaran dilalui, pasukan penyelamat tetap bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira siang ataupun malam,” katanya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Majalah 3, Dokumentari Khas: Tragedi Di Batang Kali pada 26 Disember 2022, hari Isnin pada pukul 9.00 malam dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Trending Tue, 10 Nov 2020
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Kagum Semangat Bella, Kerjaya Didi Astillah Kini Diurus Kakak

Selepas lima tahun bernaung di bawah dua syarikat pengurusan terkenal sebelum ini, saya selesa kerjaya seni saya dipantau oleh kakak.

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

‘Isteri Meroyan Setiap Kali…’ Tauke Jambu Nafi Cerai Isteri Guna WhatsApp

Semoga ada penyelesaian terbaik antara Tauke dan Yaya…

Trending Sat, 5 Jan 2019

Anda Bakal Didenda Mulai 2 Januari 2019 Jika Hilang Passport

Kerajaan Umum Denda Untuk Kehilangan Passport, Berkuatkuasa 2 Januari 2019

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Terima Kasih, Tulus!

Persembahan dua jam yang tak cukup bagi kami, rugi tau bagi anda yang tak hadir malam tadi. Cukup luar biasa… Datang lagi ya Tulus!

Hiburan Sun, 10 Mar 2019

‘ Dia Kata Setuju’- JLo Bertunang Kali Keenam

Tarikh perkahwinan Lopez dan Rodriguez masih belum diketahui lagi memandangkan Lopez terikat dengan konsert jelajah seluruh Amerika Syarikat bermula 7 Jun sehingga 26 Julai.