Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 28, 2021 @ 5:48pm

“Muak Dengan Family Kaya Rampas Kuasa, Ini Baru Realiti..”- Drama Ayahanda Raih Pujian Ramai

Drama Ayahanda yang kini memasuki episod kesembilan semakin hari semakin mencuri perhatian ramai penonton. Bukan sahaja dibarisi oleh nama-nama pelakon yang hebat seperti Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah  malah drama yang memaparkan konflik dan realiti sebenar dalam keluarga ini membuatkan ramai yang memuji skripnya yang tidak bersifat klise.

Penonton semakin bijak menilai dan menginginkan sesuatu yang baru, ramai yang mengakui sudah muak dengan drama cinta antara dua darjat bersifat “typical”  yang memaparkan episod cinta si kaya dan si miskin atau sikap ibu mentua yang kejam. Justeru, garapan drama Ayahanda ini dilihat berbeza dan sangat dekat di hati para pembaca setia nukilan Azizi Haji Abdullah.

Menerusi laman Twitter, drama yang mempunyai 13 episod ini disifatkan sebagai drama yang membuka mata para penonton dan memberi gambaran realiti sebenar kehidupan dalam keluarga hari ini.

Tidak hanya bersifat rekaan semata mata tatapi sarat dengan emosi, pengajaran dan empati menjadikan sambutan  drama ini cukup luar biasa.

Bukan sahaja mengangkat tema kekeluargaan, malah konflik antara ibu bapa dan anak  menjadikan ramai yang beremosi terutama dalam waktu pandemik saat orang yang tersayang jauh di mata.

Buktinya, episod kesembilan yang ditayangkan baru baru ini berjaya mengundang air mata para penonton sehingga ada yang merasa cukup terkesan dengan lakonan hebat Fauziah Ahmad Daud.

Bagi anda yang masih belum menonton, jangan lupa saksikan tayangan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan juga boleh ditonton di saluran penstriman Disney Plus Hot Star.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2026

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Trending Wed, 11 Nov 2020
Hiburan Tue, 27 Jan 2026

“Hati Aqish Tak Pernah Berbelah Bahagi Bersama Kak Fazura, Terima Kasih” – Puteri Balqis

Fazura memberi pesanan kepada Aqish untuk yakin bahawa Allah ada membantu

Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Featured Thu, 9 Jun 2022
Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Putih Gebu Sampai Nak J*lat Kaki” – Farahdhiya Berang Terima DM Lucah

Farahdhiya berang masih terima komen lucah dari individu

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
error: Content is protected !!