Muat Naik Foto ‘Double Chin’ Kasih Iris Leona, Netizen Gelar Azhar Sulaiman Bapa Sempoi! – “Gurau Kasar, Ni Kalau Anak Saya Dah Merajuk”

Umum sedia maklum, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona kini berada di United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Azhar mencuit hati ramai pengikutnya yang terhibur dengan pesanan ringkas buat Leona sempena musim sejuk di sana.

Azhar berkongsi sebuah foto memaparkan ‘double chin’ Leona serta meminta anaknya itu untuk mengurangkannya dengan cara menari dalam bilik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

“Dear Leona, since winter is here why don’t you lose your double chin by doing this dance in your room or hostel! Just use the chair and dance to slim down ok. Cheap method. Selamat mencuba,” katanya.

Di kesempatan itu, Azhar turut menitipkan pesanan kepada Leona untuk menjauhi dadah.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut meraih tumpuan ramai teruja melihat Azhar menyakat Leona sehingga menggelarnya bapa sempoi.

Aqilah Paharuzi