“Siapa Nak Dengar?” – Nak Bawa Lagu Ke Peringkat Antarabangsa, Yuna Pernah Dipandang Rendah

Penyanyi yang mencipta nama diperingkat antarabangsa, Yuna mendedahkan pernah dipandang rendah oleh muzik label di Malaysia.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia pernah meletakkan syarat sebelum bersetuju untuk menandatangani dengan sesebuah muzik label.

“Diusia 21 tahun, saya beritahu muzik label saya akan tandangan kalau awak boleh tolong saya bawa lagu saya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Namun, impiannya itu dipandang rendah dan tidak disokong oleh pihak label berkenaan.

“Tiada siapa akan dengar lagu bahasa Inggeris awak, kenapa mereka nak dengar lagu bahasa Inggeris yang dibuat oleh artis Malaysia?,” kata label tersebut.

Tidak berputus asa, Yuna membuktikan dia berjaya membawa lagunya ke luar negara dan terkini, dia telah mendapat 70 juta orang yang memainkan lagunya di negara Amerika Syarikat.

Menurutnya, pedulikan dan jangan membiarkan kata-kata orang membuatkan impian kita terkubur.

“Orang akan cakap benda-benda teruk untuk matikan impian kita pada peringkat awal, kerja kita hanya pedulikan mereka.

“Saya bersyukur ada kawan-kawan, keluarga dan peminat di Malaysia yang percayakan saya,” ujarnya.

Maya Basir