Muat Naik Foto & Tutup Komen, Hashtag Hafidz Roshdi Tarik Perhatian

Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi yang didakwa berlaku curang dengan isterinya telah menemui titik noktah.

Menerusi hantaran terbarunya, dia memuat naik sekeping foto seorang diri dan menyatakan sedang berada di Perlis.

“Ronda Perlis luuu (dulu),” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Namun begitu, tanda pagar yang digunakan Hafidz menarik perhatian ramai.

“#DudaAnakDua” tulisnya.

Malah, Hafidz dilihat turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Sekadar info, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, telah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam semalam.

Terdahulu, adik kepada Shuhada telah mengesahkan bahawa kakaknya dan Hafidz Roshdi telah berpisah.

Hafidz Roshdi dikatakan melafazkan talak satu kepada isterinya di hadapan keluarga menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan: Lafaz Talak Satu Menerusi Panggilan Telefon, Adik Ipar Sahkan Hafidz Roshdi Cerai Isteri

Artikel Berkaitan: Kesihatan Mental Hafidz Roshdi Didakwa Terganggu, Bekas Isteri Mohon Tanya Empunya Badan – “No Comment, Bukan Saya Yang Expose”

Artikel Berkaitan: “Moga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

Artikel Berkaitan: Balas Statement Bekas Isteri, Netizen Label Hafidz Roshdi Lelaki Psiko?

Atiqah Johari