Featured By: Fatin Nurain November 23, 2022 @ 12:58pm

Muat Naik Video Tanggal Make Up, Kecantikan Daphne Iking Tanpa Solekan Dipuji Netizen

Pengacara Daphne Iking sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas berkongsi video wajahnya tanpa ‘make up’ di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Daphne telah membuat video dirinya yang sedang menanggalkan solekan yang ada pada wajahnya sambil membahaskan tentang penjagaan kecantikan wajah.

Menurut Daphne, sebelum ini dia tidak perlu memakai make up yang tebal kerana tidak mempunyai sebarang pigmentasi dan kedutan di wajahnya.

“Kalau saya dulu tak perlu pakai make up banyak. Tapi bila ada pigmentation, ada wrinkles, mata saya pun mula nampak jatuh.

“Kecuali, kalau saya buat botox untuk naikkan bahagian mata saya. Tapi husband saya melarang untuk membuat botox supaya tidak ketagih,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Daphne juga sempat membahaskan isu semasa politik dan berharap agar segala pergelutan yang berlaku mempunyai asbab yang baik.

@daphneiking #ponbebels ♬ original sound – Daphne Iking

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji kecantikan pengacara itu biarpun tidak mengenakan sebarang alat solek.

“Tapi ko teda mekap pun… Aduinaaaa… Tetap lawa bah..gojessss.

“Mestilah dia syantikkkk…bekas unduk ngadau kannn.

“Masih cantik walaupun tidak makeup..Daphne memang lawa. Sekali pernah jumpa dia dulu lama sudah di Hyatt dia ada tugas sama miss2 … dia memang lawaaaaa.

“You are beautiful madam. Without make up pun tetap cantik,” komen peminatnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Aug 2020
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah, Sekali Lafazdengan pasangannya yang mula berkawan sejak 2009, sebelum Abam melangkah kaki ke Raja Lawak 6

Events Tue, 27 Aug 2019

Resorts World Genting Sets Fireworks in the Sky in Celebration of Merdeka

Stunning music-synchronized fireworks display at Resorts World Genting to mark Independence Day.

Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Hadir Majlis Aqiqah & Kesyukuran Haura Uqaira, Netizen Dakwa Nampak Baby Bump Nelydia Senrose?

Wah, laju mata netizen ek😅 Tapi kalau betul pun apa salahnya… kita doakan yang baik-baik🥰

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Events Mon, 2 Sep 2019

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!与陈昇合体无望

黄连煜吉隆坡演唱会圆满谢幕!虽然曾一度传出陈昇会赶到黄连煜演唱会合体,可惜最终没有上演新宝岛康乐队国庆日大团圆的佳话!

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Hamil Anak Kelima, Liza Hanim Kongsi Pengalaman Cemas

Dalam masa sama, Liza memohon peminat mendoakan agar kandungannya terus sihat agar dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.