Hiburan By: SGMS Faida September 18, 2018 @ 1:29pm

Hamil Anak Kelima, Liza Hanim Kongsi Pengalaman Cemas

Alhamdulillah… Penyanyi bersuara emas, Liza Hanim umum hamil anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Penyanyi berusia 38 tahun itu turut berkongsi pengalaman cemas di awal proses kehamilannya di laman Instagram.

“ Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.

“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram.

Kata Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim disebabkan pendarahan dialami memaksanya untuk masuk ke hospital selain akibat simptom alahan yang teruk.

Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Dalam masa sama, Liza memohon peminat mendoakan agar kandungannya terus sihat agar dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah. Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Eh! Kenapa Anak Marah Diana?

Pelakon, Diana Danielle mengaku pernah dimarahi oleh anak sulungnya, Muhammad gara-gara mengubah imej….

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Che Ta Menyokong Tindakan kerajaan THM…

Dramatis jelita Rozita Che Wan menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Trending Hari Ini Tue, 4 Aug 2020

Jom Semak Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Di Aplikasi myTNB !

Seperti yang kita sedia tahu,kerajaan telah menawarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang bertujuan meringankan beban pengguna domestik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Kesemua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati penggunaan elektrik percuma […]

Fab Foodies! Sun, 23 Sep 2018

Sapuan Losyen Boleh Cegah Kanser Kulit?

Masyarakat di negara ini kurang prihatin untuk mengoles wajah atau tubuh dengan pelindung matahari sedangkan impak pancaran UV boleh menyebabkan kanser kulit.