Hiburan By: SGMS Enal June 5, 2019 @ 12:00pm

Che Ta Menyokong Tindakan kerajaan THM…

Dramatis jelita Rozita Che Wan menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun (hari ini).

Kata Che Ta, ia berita menggembirakan terutamanya kepada usahawan sepertinya.

“Lega rasanya… bukan saya sahaja tetapi semua ahli perniagaan menyambut baik berita tersebut,” jelasnya.

Tambah Che Ta, GST bukan sahaja membebankan usahawan seperti dia malah melibatkan pengguna akhir dalam pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.

Pelakon itu ditemui pada majlis berbuka puasa artis naungan Indigital Sdn Bhd dan LOL Entertainment bersama anak yatim di Hotel Royal, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Che Ta turut menyokong tindakan kerajaan mewujudkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi membolehkan rakyat memberikan sumbangan ke arah menangani hutang negara.

Usaha Che Ta termasuklah menyeru ahli keluarganya untuk sama-sama mengumpul wang untuk didermakan kepada tabung tersebut.

“Sumbangan yang saya dan keluarga adalah tanda sokongan kepada kerajaan terhadap THM.

“Ia bukan paksaan tetapi bayangkan jika seorang rakyat Malaysia dermakan RM10 pasti jumlahnya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hutang ditanggung kerajaan.

“Kita pegang begini sahajalah, satu kita bagi Allah akan gantikan 10 kebaikan yang lain,” tambah Che Ta.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Tiada Lagi Gelaran ‘Presiden Jomblo’, Baim Wong Dah Bertunang!

Gadis jelita ini merupakan model dan pelakon terkenal di Indonesia. Memang cantik orangnya, bertuah Baim!

Events Fri, 25 Oct 2019

黄启铭因「饭盒」回归电视圈!张惠虹复出拍剧压力大

久违两年没接拍电视剧的黄启铭自爆因想念「饭盒」所以回归电视圈;而当了4年家庭主妇的「视后」张惠虹,终于也忍不住复出拍剧,直呼压力大!

LIFESTYLE Sat, 8 Sep 2018

Jangan ‘Cuwak’ Bila Passport Hilang, Si Kaki Travel Sila Ikut Langkah Di Bawah!

Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, lelaki ini pernah kehilangan passport ketika bercuti ke Frankfurt. Lebih mendebarkan, dia ke sana berseorangan. Jadi, ini sedikit perkongsian ilmu untuk korang yang bakal bercuti tak lama lagi!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Find Out Which BTS Oppa’s Ideal Type are You!

Maybe it’s you that they are looking this entire time. Now is the chance!

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

黄子佼914来马会粉丝为《FUN TAIPEI》站台

「创意才子」黄子佼将于9月14日来马为《FUN TAIPEI快闪主题馆》站台,并于当天傍晚7时30分,展开唯一一场粉丝见面会。

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

“Aaisyah Sebenarnya Perlu Rehat”- Che Ta

Semoga cepat sembuh ye Aaisyah!

Hiburan Tue, 26 Nov 2019