Categories: HiburanSelebriti

Muaz Kool FM Timang Anak Kedua, Tahniah!

Isteri penyampai radio Kool FM Muaz Mohamed, Ediana Aziz selamat melahirkan anak kedua, kelmarin.

Muaz atau nama sebenarnya Muazanazzudin Mohamed memaklumkan di Instagramnya sebentar tadi.

“ Salam semua, cinta hati saya, selamat melahirkan anak lelaki secara normal pada pukul 8.35 minit malam, Selasa 19.2.2019 dengan berat 3.63 kg.

“ Alhamdulillah terima kasih atas segala doa. Emirza dah jadi Abang Long,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Muaz dan isterinya Ediana Aziz mengesahkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada Disember lalu.

Meskipun memasang impian mahukan anak perempuan, pasangan ini tetap bersyukur.

Muaz dah Ediana berkahwin pada Februari 2013 dan memiliki anak lelaki pertama, Emirza yang kini berusia 5 tahun. Tahniah Muaz!

SGMS Faida