Categories: Hiburan

Mudah! Ikuti Langkah Ini Untuk Tukar Filter Instagram Anda Ke ‘Dark-Mode’

Kalau semalam sahaja orang ramai sibuk dengan tetapan mod gelap, dan ada yang masih tercari-cari bagaimana agaknya nak tukar tetapan telefon masing-masing ke mod tersebut, nah! Xtra kongsikan khas untuk korang!

Instagram akhirnya menyokong tema aplikasi gelap atau dark mode! Wah bestnya! Bagi korang yang lebih selesa melihat skrin telefon pintar dengan warna gelap, tukar warna Instagram korang sekarang kepada dark mode.

 

 

  1. Hanya Untuk iOS 13 dan Android 10

Ops! Aplikasi Instagram kepada Mod gelap yang diperkenalkan baru-baru ini hanya boleh diaplikasikan untuk iOS 13 dan pengguna Android 10 sahaja. 

 

     2. Lebih Nyaman

Sekiranya anda sering menggunakan aplikasi ini sebelum tidur, pantulan cahaya yang gelap lebih selamat untuk mata anda. So, jangan lupa tukar instagram anda kepada Dark Mode!

 

    3. Mudah Diaktifkan!

Bagi pengguna Iphone, ikuti langkah mudah ini:

  1. Buka Setting dalam telefon anda.
  2. Cari Display
  3. Pilih “Dark Mode” di bahagian tersebut.

Bagi pengguna Android pula, pemilik Android siri 10 ke bawah memang tidak dapat mengaplikasikan Mod Gelap pada Instagram mereka. Jadi jangan salahkan telefon mahupun instagram korang!  Jom tengok cara menukar kepada Mod Gelap bagi pengguna Android:

  1. Buka Setting dalam telefon anda.
  2. Cari Display.
  3. Pilih On pada “Night Mode”

Sebaik sahaja mengikuti langkah yang diberikan,  Instagram korang akan automatik bertukar kepada mod gelap! Sekiranya anda ingin kembali kepada “Light Mode”, pergi ke Display dan pilih Light Mode”. Mudah bukan?

Selamat mencuba!

 

Syafiqa Irdina