Mula-mula Dating, Aiman Ajak Zahirah Makan Roti Canai Je?

Haihhh…bersemut laman Instagram semalam bila pasangan sama cantik sama padan, pelakon Aiman Hakim Ridza dan tunangnya Zahirah MacWilson masing-masing memuatnaik foto sewaktu bersama dan mengimbau kenangan semasa mula-mula mahu serius dalam percintaan. 

Baca: Ehem, Zahirah Macwilson Curi Hati Aiman Hakim?

Dalam perkongsian itu, Aiman memuatnaik beberapa gambar dan gambar pertama adalah gambar mereka di dalam kereta dalam perjalanan untuk sarapan bersama.

“Dia beritahu yang dia makan makanan yang sihat je.  Jadi saya bawa dia makan roti canai untuk sarapan pagi,” tulis Aiman dalam nada seloroh.

Aiman juga berkongsi yang dia membawa Zahirah ‘hiking’ di dalam taman perhilitan kerana Zahirah gemarkan suasana bandar, jadi Aiman membawanya bersiar-siar mengenal alam sekitar kerana Zahirah “kena belajar berkawan dengan nyamuk,” ujar Aiman. 

 

Zahirah secara berseloroh bertanya, “Jika awak boleh bunuh atau berkahwin dengan seseorang, siapakah gerangan mereka?” lalu disampuk Aiman, “Saya akan membunuh diri sendiri jika tidak dapat mengahwini awak!” 

Pasangan yang bertunang 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas 6 bulan serius dalam percintaan ini bakal mendirikan rumahtangga pada Februari 2020 tetapi tarikh akhir masih belum diwar-warkan. Semoga segala persiapan menuju Hari Bahagia berjalan lancar hendaknya..

Baca: Aiman- Zahirah Selamat Bertunang Di Perth

Baca: Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Del14