Categories: HiburanSelebriti

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Hari ini merupakan ulang tahun pertama perkahwinan penyampai radio Fizi Ali dan pelakon Shakila Khoriri.

Di kesempatan itu, Fizi yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi memuat naik penghargaan buat isteri tercinta di laman sosialnya.

Menurut Fizi, tidak pernah terdetik dia berjaya menawan hati Shakila yang pada awalnya sangat ‘jual mahal’.

“ Tak sangka mula-mula ingat dia ni tomboy ke pengkid ke takde perasaan dekat lelaki. Sebab kita try langsung tak layan,” katanya membuka cerita.

Tidak mahu berputus asa, Fizi mencuba cara lain dengan bertanya kepada rakan-rakan Shakilla mengenai hobinya.

“ Abam gunakan teknik tanya kawan-kawan dia apa dia suka, dia lepak mana, ajak semua kawan dia p holiday, ajak main badminton, yang masa tu jadi mangsa @syuhaida.abraz @haelhusaini @tj.8689 @hardy_rb. Dorang la yang menadah telinga dengar luahan hati abam yang Killa ni tak layan abam,” luahnya.

Akui Fizi, pada awalnya dia hampir berputus asa dan akhirnya dia memberi kata putus kepada wanita dicintainya itu untuk membuat pilihan.

“ So bila tak berjaya juga, abam guna last pilihan. Abam ambil risiko sama ada dapat atau terus hilangkan diri. Masa tu abam bagi dia masa seminggu untuk pilih nak cuba hubungan ini atau abam terus pergi dari hidup dia. Hah dari cuba untuk hubungan tu sampai la hari ini.

“ Alhamdulillah terima kasih untuk first anniversary kita sayang,” akhirinya.

Fizi juga sempat mengusik isterinya untuk mendapatkan cahaya mata kedua pada ulang tahun perkahwinan kedua nanti. 

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 18 Februari 2018 selepas empat tahun bercinta. Buat Killa, semoga urusan bersalin dipermudahkan Allah SWT, Insya Allah…

SGMS Faida