Categories: HiburanSelebriti

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Penyanyi nasyid kontroversi Suhaimi Saad reda apabila namanya digugurkan dari menyertai Konsert 4Nomena, April depan.

Menerusi laman Facebooknya, bekas anggota kumpulan UNIC ini memaklumkan dia berharap agar konsert itu berjalan baik biarpun tanpa kehadirannya.

“ Saya percaya ada hikmahnya dan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Rezeki setiap daripada kita telah pun Allah tentukan. Sabar dan reda adalah kemenangan sebenar.

“ Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran saya,” tulisnya.

Tambahnya, dia reda atas apa yang berlaku disebabkan kontroversi yang melandanya kebelakangan ini antara punca pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena namanya digugurkan.

Konsert yang bakal berlangsung pada 20 April di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bakal disertai oleh UNIC, Inteam, Hijaz, Hafiz Hamidun, Fitri Haris,Fadzil Aziz dan Mastica.

Suhaimi Saad yang menggunakan nama akaun Mosus di Facebook membuat kenyataan berani selepas tidak mempercayai bumi berbentuk sfera dan antara individu tidak percaya dengan suntikan vaksin.

SGMS Faida