“Mummy & Daddy Night” – Kongsi Momen Dating Bersama, Peminat Terhibur Lihat Foto Suami Ain Edruce

Pelakon dan pengacara Ain Edruce bersama suaminya, Amirul Hafiz sekali lagi mengundang tawa dalam kalangan warganet selepas berkongsi momen manis mereka, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ain telah memuat naik fotonya bersama Amirul ketika sedang dating bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Ain telah menunjukkan dirinya menerima jambakan bunga daripada suaminya itu sempena Valentine’s Day.

Namun, yang lebih menarik perhatian apabila aktres jelita itu turut berkongsi reaksi wajah suaminya yang mengundang tawa orang ramai.

“Mummy and Daddy night ❤️,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya terhibur dengan perkongsian yang dimuat naik pelakon itu.

Terdahulu, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 December 2019. Hasil perkongsian, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya, 2.

Fatin Nurain