[VIDEO] Penampilan Syafinaz Selamat Pakai Tudung Buat Peminat Teruja – “Wow! Nampak Muda Remaja”

Penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syafinaz memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat promosi mengenai sebuah karnival.

Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pelantun lagu Ingin Bersamamu itu tampil sopan dengan mengenakan hijab serba gelap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat penampilan Syafinaz yang sopan berhijab itu. Malah ramai juga mengagumi kecantikan penyanyi itu yang kekal jelita biarpun usianya kini mencecah 50 tahun.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian Syafinaz itu telah meraih 16,000 tontonan dan lebih 2,000 tanda suka.

Khairil Khusyairi