Muncul Dalam Muzik Video Vroom Vroom, Peminat Usik Hael Husaini Ada Hati Dengan Nabila Razali?

Kalau korang dah menonton muzik video lagu Vroom Vroom nyanyian pasti korang perasan kemunculan penyanyi Hael Husaini di hujung video ini kan?

Rata-rata peminat Hael sendiri tidak menyangka penyanyi kesayangan mereka membuat kemunculan di dalam muzik video lagu ciptaanya ini.

Kata Hael, pada awalnya dia sendiri tidak merancang untuk muncul dalam muzik video Vroom Vroom tetapi selepas Nabila mengajak, dia tiada masalah untuk berbuat demikian.

” Sebagai rakan baik Nabila, sudah tentu saya menyokong dia. Kebetulan saya berada dekat dengan lokasi itu. Jadi saya singgah sebentar.

” Nabila juga ada menyuarakan hasrat untuk saya turut serta dalam muzik video ini, jadi saya okay saja,” katanya kepada XTRA.

Ketika ditanya mengenai persembahan Nabila untuk lagu Vroom Vroom, Hael memaklumkan sebagai seorang komposer dia tahu sama ada sesebuah lagu itu sesuai dinyanyikan oleh penyanyi itu atau tidak.

” Sesebuah lagu akan dicipta untuk seseorang yang mampu membawakan lagu itu dengan jayanya. Sebagai seorang komposer, saya tidak memberikan lagu kepada sesiapa dengan sesuka hati. Jika dia memiliki karakter bersesuaian dengan lagu itu, pasti dia mampu membawakan lagu itu dengan sempurna.

” Perlu faham, setiap penyanyi ada keistimewaanya tersendiri termasuklah Nabila,” akhirinya. 

Lagu Vroom Vroom diibarat sebagai permulaan baik bagi karier Nabila untuk tahun 2019 selepas pernah tampil dengan single Pematah Hati sebelum ini. 

 

SGMS Enal