Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

‘Muzik video ni boleh letak time wedding nantilah’, itu antara komen yang ditinggalkan di ruangan komen muzik video Seperti Mereka di laman Youtube.

Muzik video Seperti Mereka baru sahaja dilancarkan pada 22 Januari 2019 itu menerima lebih 6,500 tanda suka pada masa ini.

Rata-rata penonton dibuai rasa bahagia apabila menonton muzik video ini. Lebih menarik, kumpulan yang sudah 10 tahun menyepi tanpa single ini turut membuat kejutan di sebuah majlis perkahwinan dan menyanyikan lagu ini. Kira crash wedding gitu! 

Ruffedge turut mengumpul video-video perkahwinan dan pertunangan dengan cara mengadakan pertandingan di sosial media pada tahun lepas dan secara eksklusifnya ditayangkan di dalam video muzik rasmi ini.

Lagu ini bakal mengembalikan memori anda sewaktu remaja dengan kelunakan suara menerusi lagu bergenre R&B yang cukup terkenal di era awal tahun 2000.

Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu. Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

 

SGMS Faida