“Mungkin Dia Malu Kot…” – Lelaki Berbaju Melayu Curi Kondom Di Kedai Serbaneka

Ketika orang lain sibuk meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Mei lalu, seorang lelaki berpakaian baju Melayu lengkap didakwa mencuri di sebuah kedai serbaneka di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Apa yang lebih mengejutkan ialah suspek dikatakan mencuri kondom di premis tersebut dan foto tersebut tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Foto daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka itu jelas menunjukkan lelaki berpakaian baju Melayu merah dan bersongkok memasukkan sesuatu ke dalam begnya sebelum beredar keluar dari premis.

Dalam gambar yang sama, terlihat juga seorang kanak-kanak lelaki berpakaian baju Melayu merah seperti suspek mengikutinya yang dipercayai kanak-kanak tersebut adalah anak suspek.

Kejadian ini tular apabila premis tersebut menampal kertas pada pintu atau dinding kaca yang memaklumkan mengenai kes kecurian tersebut. Di kertas itu juga terdapat tarikh, masa dan barang yang dicuri selain gambar suspek.

Walaubagaimanapun, warganet mengkritik tindakan lelaki tersebut seperti gambaran hasutan syaitan yang bebas selepas diikat sepanjang bulan Ramadan.

Namun, segelintir warganet meninggalkan komen-komen yang lucu seperti suspek malu untuk membayar dikaunter jadi terpaksa mencuri kondom tersebut.

“Mungkin dia malu kot. So alang-alang.

“Aku rasa budak ni segan nak bayar kat cashier, bukan tak aa duit.

“Bukannya mahal mana pun. Takut nak bayar, belilah online.

“Kalau dah kahwin, buat apa malu beli kondom. Tapi ada je kot yang dah kahwin tiga, empat tahun masih malu-malu.

“Plot twist nak curi chewing gum (gula-gula getah) sekali tercuri kondom,” antara komen-komen warganet.

Namun begitu, wajah suspek tidak dapat dikenalpasti dan tidak dapat dilihat dengan jelas kerana suspek memakai pelitup muka.

Warganet juga berseloroh mengatakan bimbang kerana ‘lelaki berbaju Melayu merah’ kini menjadi sasaran.

Sumber: mStar

Atiqah Johari