Nabil Mahir Selamat Jalani Pembedahan, Minta Peminat Doakan Segera Sembuh

Pengacara, model dan pelakon, Nabil Mahir dilaporkan selamat menjalani pembedahan semalam.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya semalam, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad Mahir ini bagaimanapun tidak menyatakan masalah kesihatan yang dialaminya.

“Alhamdulillah pembedahan dah selesai dan saya berasa makin sihat,” tulisnya secara ringkas.

 

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan semoga Nabil segera diberi kesembuhan.

 

 

 

Sumber foto: Instagram Nabil Mahir

Syafiqa Irdina