Undian ERA Digital Music Awards (EDMA) Kini Bermula!

Kehangatan Era Digital Music Awards (EDMA) kini bermula!

Anugerah digital jenama radio ERA, kini telah memasuki tahun keempatnya.  Anugerah EDMA diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada artis-artis tempatan sebagai penghargaan atas bakat dan pencapaian mereka di dalam industri hiburan Malaysia.

Penganjuran EDMA kali ini mengetengahkan 5 Kategori  yang merangkumi Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hits, Rapper Paling ONZ, Fan Club Paling Ngam dan Lagu Viral ONZ.

Jom lihat Senarai TOP 5 EDMA 2019, memang letops!

 

 

     

     

   

 

 

CARA-CARA  MENGUNDI!

Korang dijemput untuk membuat undian dan memilih juara dalam setiap kategori yang dipertandingkan. Mudah sahaja! Cara-caranya, layari laman rasmi era.je dan klik pautan EDMA 2019. Klik pada kategori untuk melihat calon-calon Top 5. Kemudian, buang undi dengan menekan butang UNDI untuk calon pilihan.

Ingat! Korang hanya dibenarkan membuang satu undi dalam tempoh sehari bagi setiap calon yang dipertandingkan. Undian telahpun dibuka pada 23 Disember 2019 hingga 16 Januari 2020. Juara setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2019 yang dijadualkan berlangsung pada Januari kelak.

Nak lihat artis favourite korang menang, kenalah undi okay?

Good Luck!

Sumber Foto: Instagram Era.je

Syafiqa Irdina