Nabila Huda Terpaksa Tinggalkan Suami?

Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil mengakui berasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan suaminya dan juga anaknya, Keisha Laila, 8.

Namun, Abil berasa sedikit lega apabila suaminya, Mohd Izwan Johar atau mesra dengan panggilan Bert ini merestui pemergiannya apatah lagi demi memenuhi kerjaya sebagai seorang anak seni.

Sumber : Instagram @kupu_kupu

Abil akan bertolak ke Itali bagi memenuhi tawaran untuk menjalankan program travelog bermula pada 16 Julai nanti. 

“Susah hati juga kerana kami akan berpisah lama. Tetapi suami dan anak memahami minat dan tanggungjawab serta minat saya. Alhamdulillah kerana hubungan anak dan suami sangat rapat, jadiia sedikit sebanyak memudahkan kerja saya. Suami tidak menghalang saya kerana saya pergi bagi menjalankan tugas. Cuma hati saya tidak menentu kerana tidak biasa berjauhan dengan mereka.” Katanya

Sumber : instagram @kupu_kupu

Walaupun berasa sedikit berduka kerana terpaksa berjauhan dengan insan tersayang, namun Abil turut mengakui dirinya itu sangat teruja kerana dapat meneroka pelbagai lokasi yang kurang mendapat perhatian pelancong di sana.

Wah! ingatkan Abil terpaksa tinggalkan suami sebab hal lain, rupa-rupanya tinggalkan sebab urusan kerja rupanya. 

Good Luck Abil dari kami di xtra!

Salma Syahbuddin