Johan As’ari Kagum Dengan Keberaniaan Ellie Suriati

“Bila di mahkamah peguam di arab cakap arab, peguam di China cakap cina, peguam di jepun cakap jepun, peguam di Malaysia cakaplah bahasa malaysia. Kalau tanah melayu ni hilang, kami takdak tanah dah,” demikian luahan pelakon Johan As’ari menerusi laman Instagramnya, semalam.

Dalam caption berkenaan, Johan memuji keberaniaan pelakon Ellie Suriati yang menyuarakan rasa tidak puas hati di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

“ Saya kagum dengan semangat beliau,” katanya.

Ellie hadir di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai penyokong bekas Perdana Menteri diberi amaran oleh pihak polis selepas dikatakan mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan.

Dalam video yang turut tular semalam, kelihatan Ellie melaungkan ‘Hidup Melayu dan Bahasa Melayu’ berulang kali.

SGMS Faida