Categories: Trending

Intai Isteri Orang Sedang Mandi, Lelaki ‘Misteri’ Ditangkap

Kan dah kantoi! Ini padahnya bila ada tabiat mengintai perempuan mandi. Sudahlah perempuan, isteri orang pula diintainya.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah ini akhirnya ditangkap selepas didapati mengintai seorang wanita sedang mandi.

Difahamkan kejadian berlaju di Taman Melati, Tanjung Belanja, Parit, semalam.

Kejadian itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun selepas terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.

Menurutnya, mangsa telah lama mengesyaki suspek menjalankan aktiviti mengintai, namun tidak mempunyai bukti sehingga tertangkap.

“Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik mandi mangsa.

“Suspek ditahan pada hari sama sekitar jam 10.15 pagi di hadapan rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau.

SGMS Faida