Categories: Trending

Pengebumian Adam Rayqal Mengundang Tangisan Ramai Orang

Kisah sedih bayi Adam Rayqal yang meninggal akibat didera oleh pengasuh sendiri telah membuatkan satu Malaysia turut berduka. Sangat menyayat hati!

Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi yang ditemui dalam keadaan sebak, menzahirkan rasa terima kasih atas sikap prihatin rakyat Malaysia yang turut membantu mencari anaknya sebaik dilaporkan hilang dari rumah pengasuh beberapa hari lepas.

“Saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sudi membantu pencarian anak kami. Walaupun kita tahu kita mengharap yang terbaik untuk jumpa Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayangkan dia.” Jelas Mohd Sufi

Semalam, lebih kurang 1000 orang hadir termasuk ahli keluarga mangsa yang terkesan dengan kejadian yang menimpa bayi lima bulan itu. Pengebumian jenazah Adam dibuat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Ladang Tok Pelam bersebelahan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Sumber: Bernama

Amat memilukan hati melihat detik terakhir bayi Adam Rayqal dikebumikan. Semoga ibu bapa Adam terus kuat dan tabah untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang. Kami di xtra turut berduka dengan kejadian ini.

Ditulis oleh: Nik Nur Amira

Ad Ops