Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

Pelakon Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman paru-paru.

Berita tersebut dimaklumkan rakan baiknya yang juga seorang pelakon iaitu Ungku Ismail menerusi perkongsian di Insta Story,

Beliau memaklumkan keadaan terkini Nad Zainal yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Saya pohon doa doa semua kepada Nad Zainal, yang warded to ICU today from lung infections.

“Beberapa prosedur telah diambil, dia dalam keadaan stabil menurut Doktor, tetapi dia sangat tidak sihat,” maklumnya.

Dalam perkongsian sama, Ungku juga memohon semua mendoakan pelakon drama Harith Fayyad itu agar diberikan kesembuhan.

“Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” tutupnya.

Khairil Khusyairi