Categories: HiburanSelebriti

Nadzmi Adhwa Bawa Diri Sebab Tak Ada Job?

Setiap orang pasti melakukan kesilapan, cuma bezanya diketahui ataupun tidak sahaja. Nadzmi Adhwa, pelakon kacak berusia 26 tahun ini, turut melalui perkara sama. Peristiwa hitam ditahan polis baru-baru ini telah menjadi wake up call membuatkan beliau perlu membuat perubahan. Terlibat dengan isu dadah bukanlah sesuatu yang boleh diterima apatah lagi bergelar seorang selebriti.

Mahasiswa UiTM jurusan rekaan grafik ini mengakui, dia lebih selesa bergerak solo selepas keluar dari syarikat pengurusannya iaitu Mind Order Sdn Bhd. Bagi Nadzmi, dia percaya tindakannya akan memudahkan lagi dia membuat keputusan dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni. Walaupun sudah hampir empat bulan beliau tidak mendapat sebarang tawaran lakonan mahupun pengacaraan. 

Menurut beliau, isu ditahan polis susulan penemuan dadah di dalam keretanya pada November tahun lalu, bukanlah punca dia meninggalkan syarikat tersebut. Tetapi, kerana dia mempunyai rancangan tersendiri. Baginya, Dia perlu bijak mengatur langkah dalam industri. Justeru itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajiannya di peringkat Master dan menjadi seorang pensyarah

Buat Nazmi, anggaplah ini sebagai pengajaran dan titik tolak untuk beliau terus melangkah kehadapan. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops