Nafi Bercinta Dengan Businessman, Zahirah Mcwilson Suka Lelaki Tinggi Lampai

Pelakon tinggi lampai, dan berbakat ini bukan sahaja menjadi rebutan bagi pengarah mahupun penerbit drama tempatan, malah pelakon yang pernah dikaitkan dengan Zul Ariffin ini juga dikatakan sedang bahagia dan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan. 

Mengakui sedang berkawan dengan lelaki tersebut, bagaimanapun Zahirah menafikan sama sekali bahawa hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan sahaja.

Sumber : Instagram @zahirahmcwilson

“Kami tiada hubungan istimewa apa-apa pun, saya hanya menganggap beliau sebagai seorang abang sahaja. Dan saya tak takut pun digosipkan dengannya disebabkan kami sekadar kawan. Malah, untuk pengetahuan saya lebih sukakan lelaki yang tinggi lampai.” Jelasnya

Wow, nampaknya cerah lah peluang abang-abang kit ayang tinggi lampai kat luar sana ye.

Salma Syahbuddin