Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Penyanyi Zahid Baharuddin mengaku sudah berpisah dengan bekas isterinya, Sarah Julifa pada 18 Julai lalu.

Akui Zahid dalam temubual bersama Melodi, dia dan bekas isteri berpisah secara baik dan tidak timbul campur tangan orang ketiga.

“Memang benar khabar angin mengenai berita perpisahan kami. Kami berpisah secara baik kerana tiada lagi persefahaman.

“Namun begitu, timbul rasa serba salah kerana kami berpisah beberapa hari sebelum hari jadi bekas isteri,”katanya.

Tambah juara program realiti Akademi Fantasia 2 itu, dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai perpisahan dia dan bekas isteri.

“Ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan orang luar. Kami berpisah secara baik dan tiada pergaduhan antara kami.

“Fokus saya dan bekas isteri adalah kami dapat meneruskan kehidupan dan dapat membesarkan anak dengan baik,”katanya.

Untuk rekod, Zahid dan Sarah Julifa berkahwin pada 7 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zareef Nufael.

SGMS Faida