Categories: HiburanSelebriti

Nafi ‘Lalok’, Mungkin Ada Unsur Sabotaj!

“ Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya kepada akhbar Harian Metro, sebentar tadi.

Pelakon jelita Uqasha Senrose yang ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5, semalam enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. 

“SAYA tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif,” katanya tidak menolak wujud unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Terdahulu akhbar ini melaporkan seorang pelakon wanita popular ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya.

Dadah itu ditemui apabila pelakon jelita berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, jam 11.45 pagi, semalam.

SGMS Faida