‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Penyanyi dan usahawan Azlan Typewriter mengakui tidak kisah dengan kata-kata belakang mengenai video klip lagu iklan produk minuman Turbo 3.

Kata Azlan yang ditemui di majlis pelancaran minuman energi itu semalam, dia menganggap itu adalah strategi pemasaran dalam membawa jenama berkenaan lebih dikenali.

“ Saya dan rakan kongsi mengikut cara strategi pemasaran antarabangsa dengan menggunakan wanita berpakaian seksi memandangkan minuman ini adalah pemberi tenaga.

“ Terpulang kepada netizen untuk berkata apa yang mereka suka. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya kepada XTRA.

Penyanyi yang baru tampil dengan single Kukuh ini memaklumkan lagu untuk iklan Turbo 3 hanya akan disiarkan di laman Youtube sahaja.

Dalam masa sama, Azlan atau lebih mesra disapa sebagai Lan mempunyai perancangan menghasilkan sebuah lagi versi untuk klip iklan minuman energi Turbo 3. 

SGMS Faida