“Nak Cakap Laki Aku Buruk… At Least Aku Ada, Kau?” – Gara-Gara Tunang Dihina, Zarina Anjoulie Dedah Fathia Latiff Minta Khidmat Guaman Secara Percuma

Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi tampil menegur tindakan biadap Fathia Latiff selepas menghina tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey sebagai buruk.

Menurut Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju, dia bersyukur kerana mempunyai tunang yang sentiasa bersamanya sekaligus mempersoalkan status pelakon tersebut yang ‘maintain’ single.

“Nak cakap laki aku buruk… At least aku ada laki, how about yourself? Don’t you dare insult my fiance again,” katanya.

Dalam pada itu, Anju meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila sentiasa diugut dengan perkataan ‘saman’ namun, tindakan susulan tidak lakukan.

Malah, Anju turut mendedahkan pelakon drama rantaian popular, Ariana Rose itu pernah menelefonnya untuk meminta nombor telefon rakan baik peguamnya bagi mendapatkan khidmat guaman secara percuma sejak bulan lalu.

“Aku paling benci orang cakap nak saman tapi cakap semata-mata buatnya tidak.

“Baru bulan lepas kau call aku nak minta nombor telefon my lawyer bff dengan harapan dapat servis free… What nonsense!

“Kau dan aku know you are broke. So, please chill. You want me to give you another black eye? I will happily do it again,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Anju menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Rabu.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tersebut telahpun dipadam.

Salma Syahbuddin