“Nak Cerita Lebih Pun Tak Ada Guna”- Update Keadaan Fasha Sandha, Aidil Aziz Tak Mahu Salahkan Mana-Mana Pihak

Pelakon Aidil Aziz enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden yang menimpa isterinya, Fasha Sandha.

Aidil berkata, buat masa ini keselamatan dan kesembuhan isterinya adalah perkara paling utama lebih-lebih lagi kecederaan itu melibatkan mata kirinya.

Memetik laporan Media Hiburan, Aidil atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 35, memaklumkan, pihak produksi ada menghubunginya dan meminta maaf berhubung perkara tersebut.

“Produksi ada menghubungi saya untuk meminta maaf berhubung apa yang jadi. Namun, perkara ni sudah pun berlaku , nak cerita lebih pun tak guna.

“Buat masa ini, saya tak sempat nak fikir, yang penting adalah keadaan Fasha. Dan saya mohon agar semua pihak mendoakan isteri saya moga diberikan kekuatan,”katanya.

 

Dalam pada itu, Aidil sempat berkongsi perkembangan terkini isterinya yang masih berada dibawah pemantauan doktor di Johor Bahru.

“Setakat ini Fasha memaklumkan bahagian mata kirinya masih lagi bengkak dan tulangnya patah, malah doktor turut menasihatinya agar banyak berehat.

“Sekarang ini dia masih lagi dirawat di hospital Johor Bahru dan sedang menunggu keputusan doktor sama ada boleh dibawa ke Kuala Lumpur ataupun sebaliknya.

“Saya juga masih di Kuala Lumpur dan sedang bersedia sekiranya isteri saya dibenarkan untuk mendapatkan rawatan susulan di sini,” jelasnya.

Terdahulu, aktres berkenaan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah drama, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN:Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

 

Sumber: Media Hiburan

Salma Syahbuddin