Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Selepas berkongsi menerima rawatan di sebuah hospital awal pagi tadi, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dilaporkan telah menjadi mangsa keganasan aktor itu.

Memetik laporan mStar, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga Shuhada yang tidak mahu namanya didedahkan.

Menurutnya, Hafidz telah menumbuk muka Shuhada beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri.

“Iya, itu adalah Shuhada dan dia telah ditumbuk oleh Hafidz,” katanya.

Dua ahli keluarga Shuhada juga turut menjadi saksi kejadian tersebut.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa’aton Abu Bakar turut mengesahkan pihaknya kini sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Mahkamah Teliti Semula, Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Tanpa Niat?

ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan Mental Hafidz Roshdi Didakwa Terganggu, Bekas Isteri Mohon Tanya Empunya Badan – “No Comment, Bukan Saya Yang Expose”

ARTIKEL BERKAITAN:“Moga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

Salma Syahbuddin