Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 2, 2023 @ 5:15pm

Ahli Keluarga Sahkan Nurul Shuhada Cedera Di Muka Akibat Ditumbuk Hafidz Roshdi

Selepas berkongsi menerima rawatan di sebuah hospital awal pagi tadi, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri dilaporkan telah menjadi mangsa keganasan aktor itu.

Memetik laporan mStar, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga Shuhada yang tidak mahu namanya didedahkan.

Menurutnya, Hafidz telah menumbuk muka Shuhada beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata kiri.

“Iya, itu adalah Shuhada dan dia telah ditumbuk oleh Hafidz,” katanya.

Dua ahli keluarga Shuhada juga turut menjadi saksi kejadian tersebut.

“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Shuhada ke hospital. Kami juga melakukan pemeriksaan CT scan bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa’aton Abu Bakar turut mengesahkan pihaknya kini sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Mahkamah Teliti Semula, Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Tanpa Niat?

ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan Mental Hafidz Roshdi Didakwa Terganggu, Bekas Isteri Mohon Tanya Empunya Badan – “No Comment, Bukan Saya Yang Expose”

ARTIKEL BERKAITAN:“Moga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018
Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Trending Mon, 2 Nov 2020
Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

TAEYANG AND MIN HYO RIN ARE GETTING MARRIED?!

Congratulations to the happy couple!

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu. Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody […]

error: Content is protected !!