[VIDEO] “Ada Aura Papa Megah Holding Lah” – Siti Nurhaliza ‘Cuak’, Datuk K Datang Masa Tengah LIVE Di TikTok

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuit hati peminat selepas dia kelihatan cuak ketika membuat sesi live di TikTok dan menyedari kehadiran suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Menerusi perkongsian itu, Siti kelihatan sedang menjamu makanan sambil bersiaran secara langsung menerusi aplikasi TikTok miliknya sebelum mendengar suara suaminya.

Bagaimanapun, Siti memaklumkan kepada pengikutnya bahawa Datuk K tidak marah gara-gara dia bersiaran secara langsung di TikTok, namun mengakui sedikit segan dengan keadaan tersebut.

“Datuk K tak marah lah… cuma saya je yang segan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti sempat menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran dari peminat buat suaminya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu menganggap Siti sebagai wanita yang sangat menghormati keluarga dan suaminya.

Bahkan,  ada yang berseloroh menganggap Datuk K mempunyai aura seorang yang disegani.

Salma Syahbuddin