Hanya Mahu Tuntut Nafkah… Madu Miera Leyana Enggan Cerai, Masih Sayang Rumah Tangga – “Pulanglah & Berbincang…”

Suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman hangat menjadi perbualan ramai selepas timbul dakwaan culas membayar nafkah kepada isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Suami Abai Nafkah Madu, Miera Leyana Hampir Jadi Singa Gara-Gara Diserang Netizen Mulut Celupar

Susulan itu, difahamkan Adibah tidak mahu memfailkan perceraian kerana mengakui masih menyayangi rumah tangganya bersama Rosland yang telah terbina selama 28 tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, madu kepada aktres ini mahu mempertahankan rumah tangganya, meskipun suaminya mengabaikan nafkah sejak dua tahun lalu.

“Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami. Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah.

“Nafkah adalah tanggungjawab suami, jadi saya tidak perlu meminta-minta,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Adibah berkata mereka sukar untuk berhubung gara-gara nombornya telahpun disekat dan hanya akan berkomunikasi melalui orang tengah.

“Kami sukar berkomunikasi disebabkan nombor saya disekat sejak 21 September tahun lalu. Justeru, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.

“Saya tiada masalah untuk selesai dan berbincang secara bersemuka berhubung soal ini dengan Rosland.

“Pulanglah ke rumah dan bincang secara baik untuk capai kata sepakat antara kedua pihak,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian

Aqilah Paharuzi