“Kami Selesa Berkawan Sahaja” – 2 Tahun Berkahwin, Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu

Model dan pelakon, Alicia Amin atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, telah mengesahkan bahawa dia sudah berpisah dengan suaminya, Farzan Iqbal yang merupakan seorang doktor perubatan.

Memetik laporan Gempak, Alicia menyatakan dia dan pasangan telah berbincang secara baik dan mengambil keputusan untuk meneruskan hubungan sebagai kawan sahaja.

“Ya, saya sudah bercerai secara baik. Semalam, kami pergi ke mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.

“Selepas hidup bersama lebih kurang dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing. Selepas perbincangan, kami rasa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan pasangan suami isteri,” jelasnya.

Kongsi Alicia, proses lafaz cerai telah berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Namun begitu, dia percaya bahawa jodohnya dengan suami setakat ini sahaja.

“Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik. Saya masih sayangkan Farzan dan dia pun seorang lelaki yang baik cuma, jodoh kami sampai sini sahaja.

“Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya. Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari atas urusan kerja juga.

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan dan lepas balik, memang dah fikir, sampai sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” katanya kepada Gempak.

Sekadar info, Alicia dan Farzan telah diijab kabulkan pada Februari 2021 di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Sumber: Gempak

Atiqah Johari