Categories: Acara

DJ Lin Terharu Dengan Haqiem Rusli & Afieq Shazwan

Penyampai radio popular, DJ Lin terharu dengan sikap dan peribadi dua penyanyi muda, Haqiem Rusli, 24, dan Afieq Shazwan, 25.

Biarpun mereka sedang meniti populariti, DJ Lin berterima kasih kepada dua penyanyi ini kerana mudah untuk memberikan kerjasama.

“Saya kagum dengan Haqiem dan Afiq yang senang untuk memberikan kerjasama. Mungkin mereka senang bersetuju kerana sudah menyertai konsert jelajah kami semenjak di awal kerjaya mereka. Kami melahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan.

“Biarpun mereka sibuk, apabila pihak Suria mengajak mereka menyertai konsert jelajah, mereka terus bersetuju. Haqiem dan Afieq memang mudah untuk memberikan kerjasama dan keperibadian mereka juga menyenangkan,” katanya.

Tambah Pengurus Besar Suria FM ini, konsert jejalah mereka menyediakan pentas untuk bakat baharu diperkenalkan kepada khalayak.

“Memang setiap kali konsert siri jelajah kami, akan dimulakan dengan penyanyi baharu dan bakat yang masih segar untuk didedahkan kepada peminat.

“Peluang ini sangat relevan kerana mereka juga pelapis industri hiburan tanah air,” katanya lagi.

Berlangsung dengan meriah di tiga lokasi iaitu Johor Bahru, Alor Setar dan Kuantan, Konsert Jelajah Suria bakal singgah ke destinasi akhir di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Sabtu ini, 4 Mac bermula jam 3 petang sehingga 7 malam.

Padin