‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

“Ya Allah! Nak gugur jantung pagi tadi dengar staf ‘call’ beritahu gril kena kopak,” dedah pelakon Ezzaty Abdullah di laman Instagramnya mengenai spa miliknya, Harum Ashrisz Spa dipecah masuk awal pagi tadi.

“Alhamdulillah tiada perkara besar berlaku cuma kena keluarkan duit untul buat gril baru dan pastinya pasang ‘alarm’.

“Jadi lepas ni, kalau ada cubaan lagi, ‘alarm’ Harum Spa akan ‘menjerit’ kuat-kuat sampai polis datang,” tulis pelakon itu lagi.

Ezzaty berkata, percubaan pecah masuk itu bagaimana pun gagal dan tiada kerugian atau barang berharga yang dilaporkan hilang.

Dia turut berkata malangnya kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya gagal merakam imej perompak.

“Sedih sebab ada beberapa kedai lain di kawasan berhampiran menjadi mangsa dan mungkin selepas gagal masuk ke spa kami, dia cuba nasib di tempat lain pula,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida