Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Pelakon Amar Asyraf mengumumkan baru saja dikurniakan anak kedua yang lahir pada 16 Jun lalu.

Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu berkata isterinya Arna Salleh, selamat melahirkan anak kedua mereka, Ammara Dian dengan berat 2.69 kilogram pada jam 6.55 petang, tiga hari lebih awal dari jangkaan di hospital Sungai Buloh.

“Saya memilih berkongsi berita kelahiran anak kedua pada hari ini sempena Jumaat yang penuh berkat,” kata Amar Asyraf.

Amar berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta.

“Tapi tak sempat sebab isteri sudah sakit hendak bersalin dan terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran rumah.

“Kalau ada rezeki saya teringin mempunyai anak ramai,” katanya sempat menyaksikan proses kelahiran anak itu di dewan bersalin.

Perkahwinan Amar dan Arna Salleh pada 7 Jun 2013, dikurniakan cahaya mata lelaki, Amar Taufiq yang kini berusia 4 tahun.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida