Hiburan By: SGMS Faida June 21, 2019 @ 8:21pm

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Pelakon Amar Asyraf mengumumkan baru saja dikurniakan anak kedua yang lahir pada 16 Jun lalu.

Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu berkata isterinya Arna Salleh, selamat melahirkan anak kedua mereka, Ammara Dian dengan berat 2.69 kilogram pada jam 6.55 petang, tiga hari lebih awal dari jangkaan di hospital Sungai Buloh.

“Saya memilih berkongsi berita kelahiran anak kedua pada hari ini sempena Jumaat yang penuh berkat,” kata Amar Asyraf.

Amar berkata, isterinya sepatutnya melahirkan anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan swasta.

“Tapi tak sempat sebab isteri sudah sakit hendak bersalin dan terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran rumah.

“Kalau ada rezeki saya teringin mempunyai anak ramai,” katanya sempat menyaksikan proses kelahiran anak itu di dewan bersalin.

Perkahwinan Amar dan Arna Salleh pada 7 Jun 2013, dikurniakan cahaya mata lelaki, Amar Taufiq yang kini berusia 4 tahun.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

DAPHNE IKING KINI BERHIJAB?

Apa yang memeranjatkan ialah menerusi laman instagram beliau, Daphne dilihat memakai jubah lengkap bertudung dan kalau dilihat menerusi ruangan status tersebut Daphne siap mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Enot kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana dengan membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit

Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Elfira Selamat Melahirkan Bayi Lelaki!

Alhamdullilah. Tak sabar nak tengok baby Elfira dan Faris!

error: Content is protected !!