Nama Trending Di Twitter, Azwan Ali Muat Naik Video Sambil B*gel?

Belum reda isu menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) bagi parlimen Gombak, kini timbul pula isu Azwan Ali dikatakan memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya berbogel.

Menerusi di laman Twitter, nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu trending sejak semalam apabila rata-rata warganet hangat mengulas isu tersebut.

Difahamkan isu itu mula timbul apabila pengacara sensasi itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang memaki sebuah pihak pengurusan kondominium yang memasuki unit rumahnya sehingga memperlihatkan tubuhnya di pantulan cermin.

Susulan itu, rata-rata netizen berasa terkejut dengan hantaran video tersebut malah ada yang mempersoalkan mengapa Azwan Ali merakam dirinya dalam keadaan tanpa seurat benang.

Namun berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian tersebut dibuat pada Jumaat itu masih belum dipadam malah ruangan komen juga telah ditutup.

Khairil Khusyairi