Hari ini netizen dikejutkan dengan foto bekas suami, Bella Daly iaitu Nazim Othman (34)  apabila dia memuat naik gambarnya bermekap dan bertata rias seperti wanita, lengkap dengan rambut palsu. 

 

“Eyes can’t lie, they speak right through one’s soul” tulisnya di dalam kapsyen gambar itu.

 

Ramai netizen telah memberi komen tetapi antara komen rakan artis, satu telah menarik perhatian. Komen dari pelakon Nabila Huda jelas mendapat ‘likes’ yang terbanyak bila dia menulis “Buka topeng?” dan ini menjadi teka-teki di kalangan peminat Nazim tentang diri Nazim yang sebenar.

 

 

Antara lain, peminat-peminat Nazim juga menyamakan wajah ‘barunya’ itu  cantik dan mirip pelakon Fatin Afeefa dan Mona Allen. Adakah ini persediaan untuk watak drama baru Nazim  sama seperti watak Hani yang dibawa oleh Syafie Naswip dalam drama “Demi Tuhan Aku Bersaksi”? Harap-harap begitulah…

 

Del14