Categories: HiburanSelebriti

Nazim Othman Semakin Memilih?

Menjengah usia 35 tahun, pelakon Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Mengakui sukar di dekati apabila kurang selesa, Nazim kini mengambil pendekatan berbeza menerusi pengajaran daripada pengalaman lalu.

“Saya sudah semakin matang berdepan dengan cabaran dan dugaan hidup, mungkin dahulu masih muda jadi kebanyakkan tindakan dibuat mengikut emosi pada ketika itu. Biasalah… darah muda, jadi apabila sudah masuk usia 35 tahun, perangai harus seiring dengan usia.

“Janggal dan kekok untuk melalui sesetengah situasi, mungkin itu yang membuatkan sesetengah pihak kurang gemarkan perangai saya. Apa yang penting, saya kini lebih mengutamakan kegembiraan diri berbanding pendapat orang lain.

“Biarlah orang hendak membuat spekulasi mereka sendiri, apa yang penting saya tahu kebenarannya,” katanya kepada Xtra.

Bintang drama Terima Aku Seadanya itu turut menganggap cerita dirinya masih diselubungi duka akibat kisah lalu hanya omong kosong kerana dia sudah membuka lembaran baharu dalam hidup.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Enal