Categories: HiburanSelebriti

‘Mula-Mula Tak Minat, Tapi…”- Siapa Pujuk Stacy Sertai Mentor Milenia?

Penyanyi Stacy mengaku pada awalnya berat untuk menyertai program Mentor Milenia pada tahun ini.

Kata Stacy ketika ditemui di sidang media pengumuman Mentor Milenia baru-baru ini, suaminya Akim Ahmad yang banyak memberi dorongan untuk turut serta dalam program pencarian realiti popular ini.

“Pada awalnya saya beritahu Akim, agak ralat untuk bekerja dalam sebuah program sama. Tetapi Akim kata, why not kita cuba?

“Ditambah dengan barisan Mentor yang merupakan rakan-rakan baik kami, saya jadi lebih bersemangat. Insha Allah saya akan buat yang terbaik untuk protege saya nanti,”katanya kepada Xtra.

Tambah Stacy, dia menyahut cabaran untuk bersaing dengan suami sendiri dalam program Mentor Milenia 2019 yang akan disiarkan menerusi TV3, Oktober depan.

“Ini pembabitan pertama saya dalam program ini. Walaupun tinggal serumah, saya tidak nampak kami berdepan dengan masalah untuk mendidik protege masing-masing.

“Lagipun di rumah kami ada studio. Mudah untuk berlatih dengan protege masing-masing. Cuma soal strategi, masing-masing ada cara tersendiri,”katanya tidak menolak menjadikan protege nanti sebagai artis di bawah naungannya di masa akan datang.

Kalau korang dah sedia, jom sertai uji bakat rancangan pada 3 dan 4 Ogos depan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah. Ia kemudian diteruskan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September. Tunjuk Ajarku Sifu!

SGMS Faida