Neelofa Gembira Dengan Diri Sendiri?

Selepas dikecam teruk dengan pelancaran tudung beliau, Neelofa sekali lagi dikritik kerana dikatakan berpakaian ala-ala banduan pada satu sesi lawatan baru-baru ini.

Namun, bagi Lofa setiap kata-kata yang dilemparkan pada dirinya termasuklah fitnah ataupun kecaman dari netizen akan membuatkan dirinya tabah dan kuat menjalani kehidupan sebagai seorang artis.

“Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan akan datang. Kekal positif dan kuat melawan semuanya.” Katanya

Lofa juga menganggap setiap kecaman dan fitnah itu merupakan peluang beliau untuk belajar mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. 

Dan, setiap apa jua kontroversi yang menimpa beliau, Lofa dilihat sangat positif dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Justeru itu, tidak hairanlah jika wanita sepertinya dijadikan sebagai inspirasi kerana sentiasa positif dan terus mengorak langkah dalam bidang yang diusahakannya.

Salma Syahbuddin