Izreen Azminda Kembali Aktif Di Instagram

Selepas dihimpit pelbagai kontroversi melibatkan dirinya dan suami, Ude Wahid. Izreen dilihat telah mengaktifkan semula laman sosial beliau terutamanya akaun instagram miliknya. Sebelum ini, Izreen telah menutup akaun tersebut ketika pelbagai spekulasi mengenai perkahwinannya sedang hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, gambar selfie ini nampaknya sudah mendapat tanda likes sebanyak 13,190. Namun, pelakon ini kelihatannya masih menutup ruangan komen dilaman instagram beliau. Manakala, Suaminya Ude Wahid juga kelihatan turut aktif dilaman sosial sejak khamis. 

Selain itu, Izreen sempat berkongsi luahan hati beliau menerusi insta story miliknya dengan menulis,

“Happines is in the heart, Not in the circumtances. Whatever it is, Allah is the best planner and He knows everything.”

Pada November lalu, Izreen telah mendedahkan perkahwinannya bersama Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

 

 

Salma Syahbuddin