Neelofa, Suara Ikon Gaya Hijabi Malaysia Ke Dunia!

Untungnya Neelofa apabila dijadikan rujukan ‘modest fashion‘ atau fesyen muslimah bagi jenama-jenama terkenal dunia! Ikon gaya Malaysia ini seringkali mendapat jemputan memenuhi undangan pertunjukan-pertunjukan fesyen serata dunia seperti Minggu Fesyen di New York, Paris dan Milan.  Baru-baru ini dia dipanggil untuk berbual santai dengan pereka-pereka fesyen terkemuka dunia seperti Tommy Hilfiger dan Micheal Kors tentang fesyen yang menjadi pilihan hijabista. 

Selepas Minggu Fesyen New York, Neelofa telah memenuhi jemputan di Minggu Fesyen Milan pula dan sewaktu diri sedang ditata rias bagi menghadiri persembahan peragaan Miu Miu SS20, dia telah ditemubual oleh majalah Vogue Italia! Wah, bukan calang-calang!  

“Fesyen yang menutup aurat tidak lagi konservatif, tidak lagi kaku, tidak lagi membosankan! Sekarang ianya lebih inklusif, fleksibel dan menyeronokkan! Ia memperkasakan wanita khususnya kerana fesyen muslimah memberi suara kepada kami, hijabista.  Tapi saya memang percaya bahawa fesyen secara amnya memang dapat memperkasakan wanita, kerana apabila seseorang wanita itu berasa selesa dengan apa yang dipakainya, dia bersedia untuk menakluki dunia!” jelas Neelofa apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang fesyen muslimah. 

Tidak hairanlah kenapa Neelofa menjadi pilihan pereka fesyen dunia kerana dia berani untuk mencuba kepelbagaian dalam fesyen muslimah dengan caranya tersendiri, menutup aurat tapi masih  ‘fashion forward’!

Del14