“Motif” Sharifah Amani Kesal Di Laman Twitter?

Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-18, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya baru-baru ini meluahkan perasaannya di laman twitter apabila filem terbaru lakonannya, Motif tidak mendapat sambutan memberangsangkan di panggung. 

Di manakah silapnya?

 

“Susah payah jaga kualiti, jaga kerja, fight untuk industri, end up takde apa. Baik buat benda viral bodo, buat hal kat orang, jual produk tahpape. Janji famous, janji kaya” tulisnya. 

 

 

Bukan Sharifah Amani seorang sahaja yang mengeluh dengan perkara ini, malah penerbit filem Motif, WayangWorks juga meluahkan rasa kesalnya apabila filem yang baharu sahaja ditayangkan sejak 26 September lalu mendapat slot tayangan yang makin berkurang di pawagam-pawagam tempatan.

Rata-rata netizen memuji plot filem ini yang dikatakan tidak klise tetapi waktu tayangan yang sangat jarang membuatkan ramai yang tidak dapat menonton filem ini.  Mungkin juga jumlah penonton yang sedikit membuatkan pihak pawagam terpaksa mengurangkan slot tayangan?

 

 

Tinjauan Xtra mendapati memang tidak banyak pawagam yang menunjukkan filem ini dan ramai juga yang tidak tahu mengenai kewujudan filem Motif di pawagam.

Apa-apa pun masih belum terlambat untuk menonton filem Motif jadi marilah beramai-ramai memenuhi panggung untuk memberi sokongan kepada filem tempatan dan pelakon-pelakon hebat tanahair yang sememangnya dah terbukti berbakat seperti Dato’ Rosyam Noor, Sharifah Amani, Azhan Rani dan ramai lagi!

Del14