Nelydia Senrose Bakal Jadi Isteri Tahun Ini?

Pelakon Nelydia Senrose mengakui merancang untuk berkahwin dengan pilihan hati, Hafiz pada tahun ini juga.

Kata pelakon berusia 24 tahun ini, dia enggan berkongsi tentang hal ini terlalu awal kerana tidak mahu tertekan.

“ Ikut perancangan, InsyaAllah saya rancang berkahwin tahun lalu tetapi disebabkan jadual kerja padat, saya terpaksa tangguh ke tarikh lain.

“Mungkin juga masa belum sampai menyebabkan ada saja halangan yang datang. Bila rancangan hampir siap, saya akan beritahu,” katanya kepada Harian Metro.

Nelydia yang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini memberitahu, dia turut berdoa di Makkah agar urusan jodohya dipermudahkan.

Tahun lalu, adik kepada pelakon, Uqasha Senrose, itu memuat naik foto sebentuk cincin di jari manisnya. Nelydia juga mengaku cincin itu merupakan pemberian teman lelakinya, Hafiz dan sudah bersedia menempuh alam rumah tangga di usia muda.

SGMS Faida